Lilypie

Tuesday, August 18, 2009

Majlia Akikah dan Doa Selamat

Aqiqah disebut dalam hadith :-

Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Pada bulan Mei yang lalu, telah diadakan majlis akikah
dan kusyukaran untumk umar dan sepupu-sepupunya. Berikuat adalah gamabar umar dan sepupunya. Umar je yang lelaki yang lain semua puteri-puteri sahaja.

Sayalah umar... Tengah menangis

Ni pula sepupu umar, dari kanan Aufa Dina, Siti Mariam dan Dhiya'-ul-Afifah

Alhamdulillah meriah sangat dan ramai sangat yang datang. Terima kasih buat semua warga Parit Abas yang telah banyak membantu semasa gotong royong ini. Jom layan gambar-gambar sepanjang majlis akikah.


Ini Arwah Pak Jang Siraj ketika memberi nama kepada Dhiya-ul-afifah

Ini pula merupkan sebahagian hadirin dan ahli keluarga yang hadir

Orang Parit Abas sedang melapah lembu yang telah di sembelih
Beginilah suasana di kampung umar... Semangat gotong royong tak pernah pudar...






1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Meriahnya... semua amalab yang dibuat dikira ibadah disisi ILAHI, Amin. Nanti buat lagi jangan lupa jemput melalui blog ini.

    ReplyDelete