Lilypie

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan

Nas-nas kewajipan puasa

Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Islam itu ditegakkan atas lima rukun, iaitu menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa Ramadan. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).


Nas-nas keistimewaan ramadhan:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Seandainya umatku mengetahui keistimewaan Ramadan, pasti mereka mengharapkan semua bulan menjadi Ramadan.” (Riwayat Ibnu Hiban)

Sabda baginda: “Apabila masuk bulan Ramadan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabdanya lagi, bermaksud: “Pada malam pertama bulan Ramadan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup pun satu daripadanya. Maka berserulah penyeru, wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan yang demikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadan).” (Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)


No comments:

Post a Comment